Tenaga Nasional Berhad Diumumkan Anugerah Jabatan Agensi Terbaik Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

Tenaga Nasional Berhad Diumumkan Anugerah Jabatan Agensi Terbaik Jawatankuasa Pusat Setempat (OSC)

  • 8 Jan 2026
  • Berita

08 JANUARI 2026 | KHAMIS - Tenaga Nasional Berhad diumum sebagai Jabatan / Agensi Terbaik Jawatankuasa OSC MPBP 2025. Anugerah tersebut disampaikan oleh Tuan Yang Dipertua, Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman kepada wakil Tenaga Nasional Berhad, Encik Noor Hasbullah bin Hashim di dalam Mesyuarat Jawatankuasa OSC Bil.1/Januari 2026. Turut hadir sama menyampaikan anugerah adalah Ketua Whip MPBP, Encik Zaidi bin Japar. 

Tenaga Nasional Berhad turut diberi Penghargaan Kehadiran Cemerlang Mesyuarat Jawatankuasa OSC sepanjang tahun 2025 bersama-sama Pejabat Daerah Batu Pahat, Pejabat Tanah Daerah Batu Pahat dan Jabatan Kerja Raya Batu Pahat.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada jabatan terpilih. Diharap kerjasama yang baik ini sentiasa berterusan bagi melancarkan lagi perjalanan pemprosesan pelan pemajuan khususnya di dalam Daerah Batu Pahat.

#mpbp #visitjohor2026 #MajuJohor