Sesi Pengenalan Pegawai Program Penempatan Silang (PCF) Negeri Johor

Sesi Pengenalan Pegawai Program Penempatan Silang (PCF) Negeri Johor

  • 1 Jan 2026
  • Berita

01 JANUARI 2026 | KHAMIS -  Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menerima 4 orang pegawai bagi Program Penempatan Silang (PCF) PBT inisiatif daripada Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor (SUKJ) pada hari ini. Sesi pengenalan Pegawai bersama Tuan Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Mohd Nazid Bin Jasiman telah diadakan bagi pengenalan dan menyampaikan amanat kepada pegawai terlibat.

Pegawai PCF ke MPBP adalah sebagaimana berikut :

  1. Penolong Arkitek Landskap Gred JA5 dari Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) 
  2. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 dari Majlis Perbandaran Muar (MPM)
  3. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U5 dari Majlis Perbandaran Kluang (MPK)
  4. Pembantu Penguat Kuasa Gred KP1 dari Majlis Perbandaran Kluang (MPK)

Pihak MPBP menyambut baik kedatangan pegawai ini. Semoga  program PCF selama 2 tahun ini dapat memberi pendedahan kemahiran baru dan dimanfaatkan agar pegawai awam sentiasa dinamik dan berpengetahuan tinggi.

Pihak MPBP mengucapkan Selamat Datang, Selamat Tahun Baru 2026 Dan Semangat Baru Berkhidmat di MPBP! 

#mpbphebat #majudansejahtera #pcfsiri3pbtjohor