29 APRIL 2025 | SELASA - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menganjurkan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat MPBP 2025 dalam suasana penuh meriah dan harmoni bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat.
Majlis ini menjadi platform untuk mengeratkan lagi silaturahim antara warga kerja MPBP, Ahli Majlis, agensi-agensi kerajaan, rakan strategik dan komuniti setempat.
Menambahkan kemeriahan sambutan, majlis turut diserikan dengan persembahan istimewa daripada artis jemputan terkenal, Ronnie Hussein, yang menghiburkan hadirin dengan lagu-lagu raya dan kenangan.
Majlis ini juga menyaksikan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi:
- Pertandingan Video Yok Raya Batu Pahat
- Pertandingan OOTD Yok Raya Batu Pahat
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir memeriahkan sambutan ini. Semoga semangat Hari Raya terus memupuk perpaduan dan keharmonian dalam kalangan warga MPBP serta komuniti Batu Pahat.