Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan

Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia Tahun 2025 Peringkat Kebangsaan

  • 20 Mac 2025
  • Berita

20 MAC 2025 | KHAMIS - Majlis Perbandaran Batu Pahat menerima Anugerah Bandar Paling Bahagia 2025 bagi Bandar Batu Pahat bersempena Sambutan Hari Kebahagiaan Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan. En Ezahar b Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat diiringi En Sharil b Karjoo, Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan, MPBP menerima anugerah yang disampaikan oleh YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertempat di Dewan Kristal, Putrajaya. 

Turut hadir Timbalan Menteri KPKT, YB Datuk Hjh Aiman Athirah bt Sabu dan YBhg Datuk TPr Alias b Rameli, Ketua Pengarah PLANMalaysia. Majlis Perbandaran Batu Pahat bersama 20 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) lain yang turut menerima penganugerahan berkenaan pada hari ini yang mengiktiraf tahap kebahagiaan berdasarkan Kajian Indeks Kebahagiaan, Murninets. 

Majlis Perbandaran Batu Pahat komited untuk memastikan masyarakat Batu Pahat mendapat perkhidmatan yang terbaik serta mencapai tahap kebahagiaan yang tinggi.

#demipertiwi #bpbahagia #bphebat #bpbandarpintar #majudansejahtera #batupahatmampan #sdgs #johor