28 FEBRUARI 2025 | JUMAAT - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menganjurkan Program Tahlil Perdana sebagai persiapan menyambut kedatangan bulan Ramadan yang penuh keberkatan dan kemuliaan.
Program ini dihadiri oleh En. Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Setiausaha MPBP En. Abd Razak bin Ithnain serta warga kerja MPBP.
Bacaan Yaasin dan Tahlil yang dipimpin oleh En Aripin bin Jelani. Program ini bertujuan untuk mengeratkan ukhuwah, memohon keberkatan, serta mendoakan kesejahteraan semua dalam menjalani ibadah di bulan Ramadan yang mulia.
Semoga program ini mendapat keberkatan dan menjadi pemangkin kepada amalan kebaikan yang berterusan serta memperkukuhkan nilai-nilai murni dalam organisasi.