18 JANUARI 2025 | SABTU - Program Perarakan Tahun Baru Cina Peringkat Daerah Batu Pahat telah berlangsung pada 18 Januari 2025 dan telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Ling Tian Soon (Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor). Turut serta hadir adalah barisan Ahli Majlis MPBP, Pengerusi Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat serta masyarakat setempat.
Acara perasmian diadakan di Jalan Fatimah berhadapan Tokong Tien How seterusnya pelepasan majlis perarakan oleh YB Ling Tian Soon diiringi tetamu jemputan yang berlangsung dari Jalan Fatimah sehingga ke Astaka Shahbandar, Jalan Shahbandar.
Program yang dijalankan ini mampu menjadikan Batu Pahat sebagai Bandar Ikonik Pelancongan sempena Tahun Melawat Johor 2026 yang mempamerkan budaya dan adat masyarakat setempat.