Program Larian SDG Colour Fun Run & Walk 2025

Program Larian SDG Colour Fun Run & Walk 2025

  • 5 Okt 2025
  • Berita

05 OKTOBER 2025 | SABTU - Seramai 560 peserta telah menyertai Larian SDG Colour Fun Run & Walk 2025 yang berlangsung meriah di Bandar Batu Pahat, sejauh 5 kilometer. Program ini turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, yang bersama-sama warga MPBP, SV Batu Pahat, peserta dan komuniti setempat melangkah penuh semangat dalam suasana penuh warna dan ceria.

Penganjuran program ini mencerminkan komitmen MPBP dalam memupuk gaya hidup sihat, mengukuhkan semangat perpaduan komuniti, serta menyokong Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) ke arah perbandaran yang lebih hijau, sejahtera dan berdaya tahan.

Majlis Perbandaran Batu Pahat akan terus komited menganjurkan program berimpak positif seperti ini dalam usaha memperkukuh kesejahteraan warga dan memperindah landskap sosial Bandar Batu Pahat. 

Penghargaan khas turut dirakamkan kepada semua pihak yang telah bekerjasama menjayakan program ini, antaranya:

  • Kelab Bunga Tanjung MPBP selaku penganjur utama
  • Sounthern Volunteers
  • Polis Diraja Malaysia
  • BP Tourism
  • Hospital PUTRA Batu Pahat
  • Persatuan Peniaga-Peniaga Batu Pahat
  • Ramatex Group

Tanpa kerjasama erat semua pihak, kejayaan ini tidak akan terlakar seindah warna semangat yang mewarnai Bandar Batu Pahat hari ini.

#MPBP #KelabBungaTanjung #SDGColourFunRun2025 #BatuPahatLestari #WargaSihatKomunitiHebat