12 JULAI 2025 | SABTU - Program Pelancongan iaitu Larian Malam Bercahaya 2025 anjuran Persatuan Peniaga-Peniaga Perabut Batu Pahat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Batu Pahat telah berjalan dengan lancar. Acara dimulakan dengan sesi pemanasan badan seterusnya sesi pelepasan larian oleh wakil rasmi Ketua Whip Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Ter Hwa Kwong. Larian ini juga disertai oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Tn.Hj Ezahar Bin Hj Abu Sairin.
Acara seterusnya ialah sesi plogging bersempena Program Johor Bersih di sekitar tapak program diadakan. Acara diteruskan dengan sesi penyampaian hadiah pemenang bagi Acara Larian Malam Bercahaya 2025 dan penyampaian hadiah cabutan bertuah.
Terima kasih buat semua agensi kerajaan, semua Ahli Majlis MPBP, wakil-wakil NGO dan rakan media yang terlibat dan tahniah kepada semua 800 perserta dan hadirin yang hadir memeriahkan Acara Larian Malam Bercahaya 2025. Jumpa anda semua pada program pelancongan yang seterusnya!