Program Korban Kelompok

Program Korban Kelompok

  • 10 Jun 2025
  • Berita

10 JUN 2025 | SELASA - Alhamdulillah, Program Korban Kelompok MPBP telah berjaya dilaksanakan dengan lancar pada pagi ini di Nurseri MPBP. Program ini mendapat kerjasama erat daripada pelbagai pihak dan sambutan yang amat menggalakkan.

Seramai 42 peserta dan  81 petugas telah berganding bahu memastikan segala proses penyembelihan, melapah, pembungkusan dan pengagihan daging korban berjalan dengan teratur. Sebanyak 6 ekor lembu telah dikorbankan pada program kali ini.

Program turut diserikan dengan kehadiran YB Dato' Zulkurnain Hj. Kamisan (Pengerusi Yayasan Makmur) dan Encik Abd Razak bin Ithnain Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat yang turut meluangkan masa bersama para petugas dan penerima.

Tidak ketinggalan, sukarelawan daripada Southern Volunteers Batu Pahat serta Puspanita turut hadir membantu, memeriahkan lagi suasana gotong-royong.

Terima kasih juga buat Kelab Bunga Tanjung MPBP, Anulae Cawangan Johor Barat dan Puspanita MPBP kerana turut serta dalam program pada kali ini.

Sebagai sebahagian daripada misi kebajikan program ini, daging korban telah berjaya diagihkan kepada warga MPBP dan juga 80 buah keluarga miskin di kawasan sekitar, bagi sama-sama berkongsi nikmat rezeki dan keberkatan Aidiladha.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan Program Korban Kelompok MPBP tahun ini. Semoga segala usaha kita diberkati dan dirahmati Allah SWT.