27 MEI 2025 | SELASA - Program Kesedaran Kelestarian Industri (Tenaga Solar) di Daerah Batu Pahat telah dilaksanakan pada 27 Mei 2025 bertempat di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat melibatkan penyertaan agensi kerajaan dan pemain industri di kawasan Daerah Batu Pahat
Program telah disempurnakan oleh YBhg Encik Chua Jian Boon, Pegawai Khas Hal Ehwal Cina Menteri Besar Johor selaku wakil rasmi Yang Berhormat Tuan Ling Tian Soon, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor.
Program bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pemain industri berkaitan pemakaian solar di premis industri bagi menyokong usaha kerajaan ke arah kemampanan dan kelestarian bandar selaras dengan matlamat Pembangunan Mampan SDG 13 (Climate Exchange) dan SDG 7 (Affordable and Clean Energy)