Program Gerak Mesra Zon 9

Program Gerak Mesra Zon 9

  • 9 Ogs 2025
  • Berita

09 OGOS 2025 | AHAD - Program Gerak Mesra Zon 9 ini telah dilaksanakan di sekitar Dewan Taman Ria & Taman Perpaduan, anjuran Puan Haryani binti Sukarman, Ahli Majlis MPBP Zon 9.

Program Gerak Mesra ini dilaksanakan  bersempena Pelancaran Kempen Kibar Jalur Gemilang yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohammad Najib bin Samuri, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Parit Yaani. 

Penglibatan dan kerjasama dari jabatan dalaman MPBP iaitu Jabatan Pembangunan Masyarakat, Unit

Perhubungan Awam dan Korporat, Jabatan Kesihatan, Jabatan Penilaian dan

Pengurusan Harta, Jabatan Kewangan, Jabatan Kejuruteraan & Landskap dan Bahagian Teknologi Maklumat beserta agensi luaran terlibat seperti SWCorp, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja , Tenaga Nasional Berhad, Pejabat Kesihatan Batu Pahat, dan Southern Volunteers serta komuniti setempat zon 9. 

Sempena bulan kemerdekaan terdapat juga gimik perasmian bagi program ini adalah penyerahan bendera kepada pengerusi-pengerusi taman Zon 9. Selain itu, aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang program iaitu senamrobik bersama penduduk taman, taklimat daripada Akademi Kenegaraan Malaysia dan Taklimat i - Saraan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP),program gotong-royong di Taman Perpaduan, sumbangan bakul makanan daripada Yayasan Makmur Batu Pahat, pertandingan mewarna kanak-kanak, Explorace patriotik, Demontrasi pemadaman api, aktiviti pemakaian baju bomba dan menggulungkan  hos bomba oleh Jabatan Bomba & Penyelamat, Program sumbangan pakaian terpakai oleh SWcorp, pemeriksaan  kesihatan beserta pameran wabak denggi oleh Pejabat Kesihatan, pembelian minyak masak terpakai oleh Syarikat 34 Metal Empire hebahan bil TNB di aplikasi whatsApp dan pembayaran cukai harta dan kompaun tempat letak kereta di kaunter bergerak MPBP.

Diharap program sebegini dapat mencapai objektifnya dalam menyatukan komuniti serta memberikan manfaat kesihatan, sosial dan masyarakat. Semoga program seperti ini dapat diteruskan dan diperluaskan di masa akan datang.

#MPBP #MajudanSejahtera #BPHebat #PGMZon9