Program Gerak Mesra Zon 6

Program Gerak Mesra Zon 6

  • 23 Ogs 2025
  • Berita

23 OGOS 2025 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 6 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Dewan Terbuka Taman Parit Raja anjuran Encik Toh Poey Tiong, Ahli Majlis Zon 6.  Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Yang Dipertua MPBP dalam ucapannya juga mengingatkan kepada masyarakat, premis-premis dan juga rumah-rumah kediaman untuk memasang Jalur Gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti Senamrobik, Gotong-royong, 'Plogging Challenge', Pameran SWCorp, Pameran KWSP, Pemeriksaan Kesihatan Percuma Dari PKDBP Dan Hospital Pantai Batu Pahat, Cabutan berhadiah, Kaunter Bayaran, Pameran Agensi Kerajaan Dan Swasta. 

Yayasan Makmur Batu Pahat  juga turut menyalurkan sumbangan barang keperluan kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Terima kasih kepada SWCorp Cawangan Batu Pahat, KWSP, PKDBP, Hospital Pantai Batu Pahat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Parit Raja 1, Taman Parit Raja 2, Taman Intan, dan Penduduk setempat.

#MPBP #MajudanSejahtera #PGMZon6