24 MAC 2025 | ISNIN - Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya di Surau Al Falah, Taman Rengit, Batu Pahat anjuran Puan Teo Siau Pei, Ahli Majlis Majlis Perbandaran Batu Pahat Zon 23.
Perasmian program telah disempurnakan oleh Encik Zaidi bin Japar Ketua Whip Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir sama adalah Puan Saidatul Malaliza binti Saidali Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat Majlis Perbandaran Batu Paht, Ahli-Ahli Majlis Majlis Perbandaran Batu Pahat dan penduduk-penduduk Taman Rengit serta penduduk sekitar Zon 23.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti gotong-royong, pertandingan basikal berhias, partandingan bunga, pertandingan menganyam ketupat dan majlis berbuka puasa. Turut diadakan sumbangan ayam segar kepada penduduk setempat.
#AhliMajlisMPBP #Zon23 #RengitUtara #MajudanSejahtera #BPHebat