24 OGOS 2025 | AHAD - Program Gerak Mesra Zon 19 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Perkarangan Rumah Pangsa Jalan Asam PayaTaman Soga, anjuran Encik Ranjit Singh A/L Gurdial Singh, Ahli Majlis Zon 19 dengan kehadiran penduduk dari sekitar Zon 19.
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Abd Razak bin Ithnain, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat
Turut hadir sama Ahli- ahli Majlis serta Ketua-ketua Jabatan MPBP, Southern Volunteers Batu Pahat serta Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat dan swasta.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan Kempen Kibar Jalur Gemilang, Kempen Anti Buli, Cabutan nombor bertuah, Ceramah kesihatan, Pemeriksaan kesihatan, Kaunter Pameran, plogging, Penyerahan Sumbangan Yayasan Makmur Batu Pahat kepada golongan asnaf.
Terima kasih kepada pihak Southern Volunteers Batu Pahat, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat dan seluruh penduduk setempat khususnya di atas penglibatan bersama.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat di atas sumbangan bakul Makanan kepada 20 penerima asnaf di Zon 19.