Program Gerak Mesra Zon 18 Sempena Tahun Baru Cina 2025

Program Gerak Mesra Zon 18 Sempena Tahun Baru Cina 2025

  • 8 Feb 2025
  • Berita

08 FEBRUARI 2025 | SABTU - Program Gerak Mesra Zon 18 Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Koh Yee Yong telah diadakan di Dewan SJK (C) Hwa Jin Jalan Tanjung Labuh. Program kali ini bermula seawal jam 7.30 malam penduduk telah mula berkumpul bagi menyertai mendengar Ceramah Pencegahan Kebakaran oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Batu Pahat dan Ceramah 'Smart Meter' dari TNB Cawangan Batu Pahat.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Zaidi bin Japar Ketua Whip Ahli Majlis MPBP. Turut hadir sama  Dr King Ban Siang, Timbalan MCA Batu Pahat, Datuk Koh Chee Chai Pengerusi KRT Taman Orchard Height, Ahli-ahli Majlis MPBP, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat MPBP merangkap Setiausaha Yayasan Makmur Batu Pahat, SWCorp dan Southern Volunteers Batu Pahat.

Program ini dimeriahkan lagi dengan Tarian Kebudayaan Masyarakat Cina, Pertandingan Tanglung, Pertandingan Masakan, Pameran Jabatan Perancang Pembangunan MPBP, Kaunter Bergerak MPBP dan Cabutan bertuah.

Seramai 20 orang telah menerima sumbangan daripada Yayasan Makmur Batu Pahat yang merupakan keperluan barangan harian.

#MajuJohor #JohorBersih #BPHebat #MPBP #MajudanSejahtera