27 APRIL 2025 | AHAD - Program Gerak Mesra Zon 16 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Parit Sri Molek, Jalan Bedara, Taman Nira anjuran Dr King Ban Siang, Ahli Majlis Zon 16 dengan kehadiran seramai 150 orang penduduk setempat dari sekitar Zon 16.
Program Gerak Mesra ini dimulakan dengan ucapan aluan oleh Dr King Ban Siang, Ahli Majlis Zon 16 Majlis, Perbandaran Batu Pahat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti aktiviti Penyerahan Sumbangan Yayasan Makmur Batu Pahat, Taklimat Kesihatan oleh Puan Irene Faridah binti Ismail dari Unit Promosi Kesihatan, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Taklimat Kebersihan oleh Encik Faiz bin Abu Yamin dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Swcorp), Booth Pameran Agensi Kerajaan (PKDBP dan SWcorp), Kaunter Bergerak MPBP, Pertandingan Memancing, Pertandingan Anyam Ketupat dan Pemberian Baja Percuma.
Turut hadir bersama En Soh Thiam Hock, Ketua Taman Banang Merangkap Ketua Cawangan MCA Taman Banang dan Ahli- ahli Majlis, MPBP. Terima kasih diucapkan kepada pihak PKDBP, SWcorp, KRT Taman Nira Dan seluruh penduduk setempat khususnya penduduk Taman Nira di atas penglibatan bersama.
Terima kasih juga diucapkan kepada Yayasan Makmur Batu Pahat di atas sumbangan bakul Makanan kepada 20 penerima asnaf di Zon 16.