07 DISEMBER 2024 | Sabtu - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 15 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah diadakan di Taman Sri Mulia anjuran Encik Abdul Kahar bin Osman, Ahli Majlis Zon 15. Majlis ini telah dirasmikan oleh Encik Abdul Razak bin Ithnain, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang program seperti aktiviti Pemeriksaan Kesihatan, Senamrobik, Gotong-royong, Pertandingan Plogging, Pemeriksaan Kenderaan Percuma JPJ, Pertandingan Memasak dan Gubahan, Cabutan berhadiah, Kaunter Bayaran, Plogging, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, pameran agensi dan swasta
Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, SWCorp Batu Pahat, Jabatan Pengangkutan Jalan Batu Pahat, Southern Volunteers Batu Pahat, Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Pasir & Taman Murni, Penduduk setempat.