21 DISEMBER 2024 | SABTU - Karnival Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 13 telah diadakan dengan gerak kerja bermula dari 11 Disember 2024 hingga 21 Disember 2024 oleh Encik Zaidi bin Japar Ahli Majlis Zon 13 Merangkap Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Majlis Perasmian Karnival Gerak Mesra Zon 13 telah disempurnakan oleh Encik Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir sama Encik Abd Razak bin Ithnain, Setiausaha MPBP, Ahli-ahli Majlis, Ketua-ketua jabatan, Ketua-ketua Kampung, Agensi Kerajaan, Swasta dan Southern Volenteers Batu Pahat dengan kehadiran 500 orang penduduk taman dan kampung sekitar Zon 13.
Program di mulakan dengan Majlis Penyerahan Tong Sampah Bersasar di Taman Bilal Jaya dan Majlis Pelancaran Taman Mini Garden di Taman Bilal dengan gimik pelancaran dengan acara menanam pokok.
Perbagai program gotong-royong telah dijalankan disepanjang Karnival Gerak Mesra berlangsung antaranya kerja pembersihan 13 taman dan kampung-kampung di kawasan Zon 13 serta disepanjang jalan utama oleh agensi MPBP, JKR, JPS, TNB, SWCorp, SWM, konsesi Safwa, Tiya Bina, Southern Volunteers, penduduk taman serta penduduk kampung.
Pelbagai aktiviti dijalankan di sepanjang program seperti Senamrobik, Pemeriksaan kesihatan percuma dari Klinik Ezna, Pertukaran Minyak Hitam Percuma, Sukanika (Jabatan Perpaduan), Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak (KEMAS), Pertandingan Gubahan, Pertandingan Masakan, Pertandingan Taman Ispirasi & Kempen Kitar Semula.
Pameran Agensi oleh kerajaan dan swasta juga telah diadakan antaranya Jabatan Perancang MPBP, AADK, TNB, PERKESO, KWSP, TM Berhad, SWCorp dan kaunter bayaran bergerak MPBP.
Penyampaian sumbangan juga telah diberikan kepada 30 orang asnaf oleh Yayasan Makmur Batu Pahat, sumbangan kepada 15 orang ibu mengandung dan 75 cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah motorsikal.
Semoga dengan pelancaran Southern Volunteers PBT Zon 13 ini dapat memperkasakan kerja-kerja sukarelawan di kawasan MPBP khususnya di taman-taman.
Terima kasih diucapakan kepada semua yang terlibat bagi mejayakan program ini sama ada secara langsung atau tidak langsung di kawasan Zon 13.
#MajuJohor #BPHebat #MPBP #MajudanSejahtera #smartandlorcarboncity