27 DISEMBER 2024 | JUMAAT - Program gerak mesra gabungan Ahki-ahli majlis Zon 4, Zon 7 dan Zon 18 telah diadakan di Astaka Shahbandar oleh Encik Lim Sey KenAhli Majlis Zon 4, Encik Kevin Chok Ngen Kerk Ahli Majlis Zon 7 dan Encik Koh Yee Yong Ahli Majlis Zon 18 dengan kehadiran lebih kurang 500 orang.
Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berbahagia Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat. Turut hadir sama Ahli-ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat dan Ketua Jabatan MPBP serta Ketua-ketua taman di zon-zon ahli majlis 4, 7 dan 18.
Pelbagai program dan aktiviti yang diadakan di sepanjang program berlangsung seperti pertandingan plogging, Senamrobik dari Kumpulan Senam Robik Kecergasan Rengit.
Turut diadakan persembahan kebudayaan dari Kumpulan Kebudayaan Wanita MCA Rengit, Tarian Singa Persatuan Guan Yu Tang Sekolah Menengah Hwa Jin dan Kumpulan Tarian Persatuan Hokkien.
Selain dari itu persembahan kebudayaan serta pameran dari agensi dan NGO turut diadakan antaranya Hospital KPJ Batu Pahat, Southern Volunteers Batu Pahat, Persatuan Tzu Chi, Malaysia Crime Prevention Foundation Batu Pahat dan Pertubuhan Shi Cheng Theatre.
Terima kasih juga kepada empat Persatuan induk yang terlibat Dewan Perniagaan Cina Batu Pahat, Persatuan Tionghua Batu Pahat, Persatuan Hokkien Batu Pahat dan Persatuan Kwang Tung Batu Pahat.
Turut diadakam sumbangan barang keperluan asas oleh Yayasan Makmur Batu Pahat kepada 15 orang penerima.
#MajuJohor #BPHebat #mpbpmajudansejahtera #batupahatsmartandlowcarbon