Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 22

Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 22

  • 28 Dis 2024
  • Berita

28 DISEMBER 2024 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 22 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah di adakan Gelanggang Bola Keranjang Senggarang oleh Encik Abdul Rashid bin Sahari Ahli Majlis Zon 22 MPBP.

Program telah dirasmikan olehYang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail, ADUN Senggarang. Turut hadir sama Yang Berbahagia Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Zaidi bin Japar Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat, Ketua-ketua taman dan Southern Volunteers Batu Pahat.

Pelbagai program dijalankan antaranya Senamrobik, Kayuhan Santai, Pertandingan Mewarna, Pemeriksaan Kesihatan & Mata Percuma bagi memeriahkan Program Gerak Mesra Ahli Majlis MPBP bersama Komuniti sekitar kawasan.

Turut diadakan sumbangan bakul makanan oleh Yayasan Makmur Batu Pahat.

Program Gerak Mesra ini menutup tirai tahun 2024. Dengan ini lengkaplah KPI semua Ahli Majlis MPBP dengan jumlah penganjuran sebanyak 46 Program Gerak Mesra bagi tahun 2024.

Tahniah diucapkan dan terima kasih diucapkan kepada semua Ahli-ahli Majlis dan penyelaras Ahli-ahli Majlis MPBP.