28 DISEMBER 2024 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 21 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah di adakan Taman Evergreen Heights oleh Encik Azmin Nizam bin Alias Ahli Majlis Zon 21 MPBP.
Program telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohd Yusla bin Ismail, ADUN Senggarang. Turut hadir sama Yang Berbahagia Encik Ezahar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Zaidi bin Japar Ketua Whip Ahli Majlis Perbandaran Batu Pahat, Ketua-ketua taman dan Southern Volunteers Batu Pahat.
Pelbagai program dijalankan antaranya Senamrobik, Fun Walk, Pertandingan Mewarna, Pertukaran Barang Kitar Semula, Kaunter bergerak pembayaran cukai dan kompoun, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Kaunter Pengumpulan Pakaian Terpakai, Jualan Minyak Masak Terpakai bagi memeriahkan Program Gerak Mesra Ahli Majlis MPBP bersama Komuniti sekitar kawasan.
Turut diadakan pameran Program Bandar Selamat dan penyampaian Sumbangan Yayasan Makmur Batu Pahat Yayasan Makmur Batu Pahat.
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program pada kali ini.