28 DISEMBER 2024 | SABTU - Program Gerak Mesra Ahli Majlis Zon 10 Majlis Perbandaran Batu Pahat telah di adakan Dataran Taman Ros oleh Encik Murugan A/L Shanmugam Ahli Majlis Zon 10 MPBP.
Program telah dirasmikan oleh Tuan Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Razak Bin Ithnain. Turut hadir sama Ahli-ahli Majlis, Ketua taman dan Southern Volunteers.
Pelbagai program dijalankan antaranya Senamrobik, Pertandingan Mewarna, Pertandingan Plogging, Pemeriksaan Kesihatan Percuma, Demonstrasi pemadaman api oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan pameran agensi bagi memeriahkan Program Gerak Mesra Ahli Majlis MPBP bersama Komuniti sekitar kawasan.
Turut diadakan juga Sumbangan Yayasan Makmur Batu Pahat Yayasan Makmur Batu Pahat dan cabutan nombor bertuah.
Ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program pada kali ini.