13 MAC 2025 | KHAMIS - Program Bubur Lambuk Perdana diadakan serentak seluruh Negeri Johor. Di daerah Batu Pahat telah diadakan di Dataran Shahbandar Batu Pahat. Pelbagai jabatan dan agensi terlibat pada tahun ini.
Bagi penyedian bubur lambuk Majlis Perbandaran Batu Pahat telah berkerjasama bersama Kelab Bunga Tanjung MPBP, Anuale Cawangan Johor Barat, Puspanita MPBP, Southern Volunteers Batu Pahat dan syarikat konsesi Safwa Global Sdn. Bhd.
Pengedaran bubur lambuk telah diadakan di Jalan Shahbandar oleh Tuan Mohd Farid bin Kassim Pegawai Daerah Batu Pahat. Turut hadir sama Encik Ezhar bin Abu Sairin Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat, Encik Abdul Razak bin Ithnain Setiausaha MPBP bersama Pegawai-pegawai Tadbir Negeri Johor bagi agihan bubur lambuk.