Perubahan Lokasi Perkhidmatan Kaunter Bergerak Cawangan Rengit

  • 20 Mei 2025
  • Pengumuman

Kaunter Bergerak MPBP akan mula beroperasi di Pejabat Tanah & Daerah Kecil Rengit pada 20 Mei 2025 (Selasa). Perubahan lokasi kaunter bergerak ini disebabkan beberapa faktor yang telah dikenalpasti bagi memastikan keselesaan dan kemudahan kepada orang awam untuk melaksanakan pembayaran.

Pihak MPBP akan menyediakan perkhidmatan kaunter bergerak di cawangan Rengit bagi urusan pembayaran perkhidmatan sepertimana jadual yang ditetapkan:

Bulan : Mei & Jun 2025

Hari : Selasa & Khamis

Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang

Lokasi Kaunter : Pejabat Tanah & Daerah Kecil Rengit (Berhadapan pintu masuk kaunter bayaran)