Pertandingan Berbasikal MAKSAK Johor 2025

Pertandingan Berbasikal MAKSAK Johor 2025

  • 19 Jul 2025
  • Berita

19 JULAI 2025 | SABTU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah turut serta membantu menjayakan Pertandingan Berbasikal MAKSAK Johor 2025 yang berlangsung di Jalan Utama Majlis Bandaraya Iskandar Puteri.

Sebagai antara agensi yang menyokong penuh penganjuran acara ini, MPBP telah memainkan peranan aktif dalam mengurus setia pemasangan struktur, logistik serta penyediaan peralatan bagi memastikan kelancaran kejohanan.

Turut hadir memeriahkan acara ialah Tuan Haji Ezahar bin Haji Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP merangkap Pengerusi Berbasikal MAKSAK Johor, yang turut menyempurnakan penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi kategori-kategori yang dipertandingkan.

Pertandingan ini merupakan platform penting dalam pemilihan atlet yang akan mewakili Johor ke MAKSAK Games 2025 - Berbasikal yang dijadualkan berlangsung pada bulan November di Negeri Melaka, melibatkan penyertaan dari 18 badan gabungan seluruh negara.

Sebanyak 6 kategori dipertandingkan melibatkan 38 orang pelumba dari pelbagai jabatan dan agensi kerajaan Negeri Johor. Kehadiran dan penglibatan MPBP bukan sahaja dalam aspek pengurusan tetapi juga dalam memperkasakan sukan berbasikal di kalangan penjawat awam, amat dihargai.

MPBP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), PDRM, urus setia, peserta dan semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung diatas kerjasama ini supaya dapat memartabatkan sukan peringkat negeri dan kebangsaan.

#MPBP #MaksakJohor #MaksakBerbasikal #MajudanSejahtera #BpHebat #MaksakChampion #SukanPenjawatAwam