Jabatan Penguatkuasaan MPBP telah melaksanakan Operasi Cegah Premis yang di kendalikan Warga Asing disekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).
Dalam operasi tersebut sebanyak 4 premis perniagaan telah diperiksa di kawasan Tongkang Pechah dan Taman Sri Sulong. Siasatan mendapati lima(5) kesalahan diatas kesalahan lesen tidak di perbaharui (nama atas warga tempatan), kekotoran dan tiada permit kebenaran kaki lima daripada MPBP serta satu (1) Notis Amaran turut diberikan.
Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat akan terus melaksakan pemantauan seperti ini dari semasa ke semasa bagi menjaga keselesaan dan ke harmonian masyarakat Batu Pahat.