05 OGOS 2025 | SELASA - Tuan Haji Ezahar Bin Haji Abu Sairin, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Pagi Bulan Ogos 2025 & Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang Tahun 2025 Peringkat MPBP di Parkir Berbumbung Aras G, Menara MPBP, Batu Pahat.
Majlis turut menyaksikan simbolik penyerahan Jalur Gemilang daripada Tuan YDP kepada Seluruh wakil Jabatan MPBP.
Turut diadakan semasa Perhimpunan Pagi adalah sesi penyampaian hadiah kepada Pekerja Contoh Bulanan Mei, Jun & Julai 2025. Selain itu juga sesi penyampaian Surat Kenaikan Pangkat Pegawai.
Majlis ini juga disertakan gimik pemasangan Jalur Gemilang pada kenderaan rasmi MPBP.
Selain itu,Lebih 300 warga MPBP dan Southern Volunteers Batu Pahat turut menyertai aktiviti Plogging dan Brisk Walk Bandar Penggaram dengan kutipan sampah berjumlah 44.1 kg. Aktiviti ini mencerminkan semangat patriotisme dan kebersamaan warga MPBP.
Program ini bukan sahaja menyuburkan semangat cintakan negara, malah memperkukuh nilai kekitaan dan kerjasama warga MPBP.