Perhimpunan Pagi Bulan Julai 2025 dan Perasmian Tandas Awam (Smart Toilet) dan Kaunter Pandu Lalu

Perhimpunan Pagi Bulan Julai 2025 dan Perasmian Tandas Awam (Smart Toilet) dan Kaunter Pandu Lalu

  • 7 Jul 2025
  • Berita

07 JULAI 2025 | ISNIN - MPBP telah menganjurkan Perhimpunan Pagi bagi Julai 2025 untuk seluruh warga kerja di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat. 

Perhimpunan telah diawali dengan bacaan doa yang di ketuai oleh En Muhammad Hasan Basri bin Ab Hamid. 

Dalam perhimpunan ini juga, Kita meraihkan ketibaan Tuan Haji Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP yang baru pulang daripada menunaikan haji pada tahun ini. Beliau juga mengucapkan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja yang memberikan komitmen dalam penganjuran program dalam bulan Jun dan Julai 2025.

Majlis Perhimpunan pagi turut menyampaikan anugerah perkerja contoh bulan April 2025 kepada En. Norhisam bin Selamat dan En. Muhammad Aizat bin Daud. Disamping itu, majlis diteruskan dengan slot pengenalan pegawai baru Cik Noor Hafiza binti Dawam, Pegawai Kesihatan Dan Persekitaran U10 dan penyampaian cenderahati kepada pegawai tamat program penempatan silang En. Mohd Izwan bin Adiman. Perhimpunan pagi diserikan lagi dengan penyampaian hadiah kepada Jabatan Kejuruteraan dan Landskap sempena kemenangan Tempat ketiga hasil program Hiasan Landskap Negara 2025. 

Seterusnya gimik perasmian Tandas Awam Batu Pahat dan Kaunter Pandu Lalu telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Batu Pahat.

Akhir sekali, setelah tamat Perhimpunan Pagi berlangsung pula pertandingan Ping Pong bagi Rumah Sukan MPBP

#mpbp #MajudanSejahtera #MPBP #MajlisPerbandaranBatuPahat