Perhimpunan Pagi Bulan Februari 2025

Perhimpunan Pagi Bulan Februari 2025

  • 24 Feb 2025
  • Berita

24 FEBRUARI 2025 | ISNIN - MPBP telah menganjurkan Perhimpunan Pagi bagi Februari 2025 untuk seluruh warga kerja di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Batu Pahat. 

Perhimpunan telah diawali dengan bacaan doa yang di ketuai oleh En Muhammad Hasan Basri bin Ab Hamid. 

Dalam perhimpunan ini juga, En. Ezahar bin Abu Sairin, Yang Dipertua MPBP mengucapkan ucapan tahniah kepada seluruh warga kerja yang memberikan komitmen dalam penganjuran program dalam bulan Januari dan Februari. 

Majlis Perhimpunan pagi turut menyampaikan anugerah perkerja contoh bulan Januari 2025 kepada Pn. Noor Adiba bte Abdul Rashid dan En. Mohd Hanafiah bin Ismail. Perhimpunan pagi diserikan lagi dengan penyampaian anugerah MIP Planning  Excellence Award 2024 (MIPEA) kepada Ketua Jabatan Perancangan Pembangunan En. Shahril bin Karjoo. 

Akhir sekali, setelah tamat Perhimpunan Pagi berlangsung pula pertandingan Karom dan Dart bagi Rumah Sukan MPBP