13 JANUARI 2026 | SELASA - Penyampaian Sumbangan bagi Program (HELP) : "Seluhur Kasih, Simbiosis Tercipta"
Tuan Yang Dipertua MPBP, Tuan Haji Mohd Nazid Bin Jasiman telah sudi meluangkan masa untuk menyampaikan sumbangan kewangan dan barangan keperluan asas kepada 5 orang penjawat awam di MPBP yang memerlukan bantuan dan sokongan.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama daripada Panel Kaunselor dan AKRAB Pejabat Setiausaha Kerajaan Johor sebagai salah satu inisiatif prihatin dalam menyantuni penjawat awam negeri Johor.
Diharapkan program ini dapat diteruskan di masa akan datang di samping dapat memperkukuhkan semangat keprihatinan dan sokongan moral kepada para penjawat awam negeri Johor yang memerlukan sokongan dan bantuan.