Penutupan Operasi Kaunter Cawangan Rengit

  • 1 Mac 2025
  • Pengumuman

Pihak MPBP telah menutup operasi Kaunter Bayaran Cawangan Rengit di Pejabat Tanah Dan Daerah Kecil Rengit berkuat kuasa pada 01 Mac 2025. Perkhidmatan kaunter bergerak di cawangan Rengit akan mula beroperasi pada minggu hadapan setiap hari Selasa dan Khamis di Jalan Besar Rengit berhadapan KFC Rengit. Sebarang perubahan jadual & lokasi kaunter bergerak akan dimaklumkan kelak melalui media sosial MPBP.

Alternatif pembayaran yang disediakan bagi orang awam di Rengit adalah seperti berikut:

1. Secara dalam talian

2.Kaunter Bank BSN Rengit

  • Sila bawa bil cukai/sewa yang terkini untuk urusan di kaunter bank BSN

3. Ejen Bank BSN

  • Sila bawa bil cukai/sewa yang terkini untuk urusan di kaunter ejen bank BSN

Pihak MPBP komited dalam menambah baik perkhidmatan sediada selaras dengan langkah teras strategik Malaysia Madani untuk mewujudkan perkhidmatan digital keseluruhan kerajaan.

Pihak MPBP memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku disebabkan perkara ini. Sekian, terima kasih.