Adalah dimaklumkan bahawa pihak MPBP sedang dalam proses pemasangan papan iklan luar (skrin LED billboard) di persimpangan Jalan Bakau Chondong-Jalan Low Piak (berhadapan hotel Pelican). Pemasangan papan iklan luar (skrin LED billboard) ini dijadualkan berlangsung pada bulan Januari 2025 dan dijangka siap pada bulan Mac 2025.
Tujuan pemasangan skrin ini adalah untuk meningkatkan penyampaian maklumat, hebahan dan promosi secara interaktif kepada pengunjung dan penduduk setempat selaras dengan hasrat pihak MPBP iaitu ke arah Bandar Pintar dan Rendah Karbon 2030 dan Tahun Melawat Johor 2026.
Sebarang kesulitan yang timbul semasa tempoh pemasangan adalah amat dikesali. Pihak MPBP berterima kasih atas kerjasama dan pemahaman pihak tuan/puan sekalian.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila hubungi pihak pengurusan di nombor 07-439 6875.
Sekian, terima kasih.