Pemantauan Kerusi / Meja Melanggar Syarat

Pemantauan Kerusi / Meja Melanggar Syarat

  • 24 Jan 2025
  • Berita

24 JANUARI 2025 | JUMAAT - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) khususnya Jabatan Penguatkuasaan telah melakukan pemantauan sekitar Jalan Kundang, Bukit Pasir Batu Pahat mendapati beberapa Gerai Makanan telah melanggar syarat permit Tempat Letak Kereta (TLK).

Hasil siasatan mendapati peniaga telah melanggar syarat yang di tetapkan dan telah mengambil tindakan tegas dengan mengeluarkan dua (2) kompaun ke atas Gerai Makan tersebut di atas kesalahan Seksyen 46 Akta Jalan Parit & Bangunan 1974 (Akta 133) dan di atas kesalahan Undang-undang Kecil Mencegah Kekotoran MPBP 2010.

Jabatan Penguatkuasaan memberi peringatan kepada semua peniaga yang meletakkan kerusi/meja berpermit untuk mematuhi syarat permit agar meletakkan kerusi/meja selepas jam 6 petang. Tindakan tegas akan diambil bagi mereka sekiranya terus ingkar dengan arahan pihak berkuasa. 

#MajuSejahteraBatuPahat #MajuJohor #BangsaJohor #OpsAngkat