09 FEBRUARI 2025 | AHAD - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah menjalankan pemantauan di sekitar Jalan Jenang dan Taman Putera Indah bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan.
Hasil daripada pemantauan ini, MPBP telah mengeluarkan tiga (3) kompaun serta satu (1) notis henti niaga serta-merta ke atas sebuah kedai gunting rambut yang dikendalikan oleh warga asing. Selain itu, satu (1) lagi kompaun telah dikeluarkan atas kesalahan meletakkan barang niaga di kaki lima tanpa kebenaran MPBP.
Warga Batu Pahat dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan oleh MPBP bagi memastikan keselesaan serta keharmonian masyarakat terus terpelihara.