Pemantau Ops Cegah Warga Asing

Pemantau Ops Cegah Warga Asing

  • 7 Feb 2025
  • Berita

07 FEBRUARI 2025 | JUMAAT - Jabatan Penguatkuasaan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bersama Jabatan Pelesenan telah menjalankan pemantauan di sekitar kawasan pentadbiran MPBP, khususnya di Pasar Malam KM7 Jalan Kluang dan Taman Perindustrian Wawasan Sri Gading.

Dalam operasi ini, seorang penjaja didapati bersalah kerana beroperasi dengan lesen yang telah tamat tempoh pada tahun 2024. Selain itu, dua peniaga warga asing dikesan menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran. Tindakan sitaan telah diambil terhadap mereka.

Jabatan Penguatkuasaan MPBP akan terus melaksanakan pemantauan seperti ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan serta keharmonian masyarakat di Batu Pahat terpelihara.

#MajuSejahteraBatuPahat #MajuJohor #BangsaJohor #OPSCEGAH