Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Bahagian Resikan Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam, Kluang Johor telah melaksanakan Operasi Penguatkuasaan premis menjual rokok elektronik (vape) di sekitar kawasan pentadbiran MPBP.
Operasi ini menyasarkan premis perniagaan yang menjalankan aktiviti penjualan rokok elektronik, perisa vape dan peralatan berkaitan tanpa mematuhi syarat lesen serta melanggar peraturan yang ditetapkan. Tindakan diambil juga terhadap premis yang gagal mempamerkan lesen perniagaan, menjual barang larangan, serta melakukan kesalahan di bawah undang-undang berkaitan kesihatan awam.
Tindakan yang diambil terhadap 3 premis:
- 3 Notis Kompaun Seksyen 107(5)
- 3 Notis Amaran
- Arahan sita (rokok elektronik/vape, bahan peralatan dan perisa vape)
- Arahan tutup premis serta-merta
MPBP ingin menasihatkan semua pemilik premis perniagaan supaya mematuhi syarat-syarat lesen, tidak menjual barang larangan tanpa kebenaran dan memastikan aktiviti perniagaan tidak melanggar undang-undang.
Tindakan ini penting demi:
- Menjaga keselamatan dan kesihatan orang awam
- Mengelakkan penjualan barangan larangan kepada golongan bawah umur
- Memelihara imej bandar yang bersih, teratur dan selamat
MPBP akan terus komited menjalankan operasi seperti ini secara berterusan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar.
Sekian, untuk makluman dan kerjasama semua.