Ops Pemantauan

Ops Pemantauan

  • 28 Jan 2026
  • Berita

Majlis Perbandaran Batu Pahat(MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran terus komited melaksanakan Ops Cegah di beberapa premis di sekitar pentadbiran Mpbp. Operasi ini bagi memastikan segala premis perniagaan mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan di pentadbiran mpbp.

Tindakan diambil :

Dalam ops tersebut mendapati 4 permis perniagaan telah melangar syarat dan undang-undang yang ditetapkan oleh mpbp. 

  • Satu (1) kompaun diatas kesalahan melangar syarat lesen MPBP
  • Dua(2) kompaun diatas kesalahan undang-undang kecil MPBP kekotoran
  • empat (4) kompaun diatas kesalahan tidak mempunyai suntik typod
  • Satu (1) kompaun halangan di tempat awam

Sitaan :

  • Dua (2) khemah di sita atas kesalahan halangan

Nasihat dan Peringatan :

Pihak MPBP ingin menasihatkan peniaga/ pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat  lesen perniagaan yang telah ditetapkan oleh mpbp. Mana-mana premis yang didapati melanggar syarat lesen akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, termasuk penutupan serta-merta dan sitaan barangan perniagaan serta-merta.

Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.