Ops Pasar Lambak

Ops Pasar Lambak

  • 15 Ogs 2025
  • Berita

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Jabatan Pelesenan telah menjalankan pemeriksaan di Pasar Lambak Parit Raja.

Hasil pemeriksaan mendapati terdapat beberapa penjaja yang tidak mematuhi peraturan, antaranya:

  1. 9 penjaja yang tidak mempunyai lesen yang sah
  2. Warga asing (Indonesia) yang berniaga tanpa kebenaran

Bagi memastikan kawasan pasar lambak kekal teratur dan selamat, MPBP telah mengarahkan pembersihan serta-merta dan melarang sebarang aktiviti menjaja tanpa lesen terutama warga asing di lokasi terlibat.

MPBP ingin mengingatkan bahawa semua penjaja perlu:

  1.  Memohon lesen yang sah sebelum memulakan perniagaan
  2. Mematuhi semua peraturan yang telah ditetapkan
  3. Mengutamakan keselamatan, kebersihan, dan keselesaan pengunjung

Kami menghargai kerjasama semua pihak demi memastikan persekitaran perniagaan yang teratur, bersih, dan selamat untuk semua.

#MajuJohor #BangsaJohor #PenguatkuasaanMPBP #OpsPasarLambak