02 MAC 2025 - 08 MAC 2025 | AHAD - SABTU - Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat telah melaksanakan Ops Khas Pemantauan Bazar Ramadan bermula 1 Ramadan 1446H (2 Mac 2025) hingga 7 Ramadan 1446H (8 Mac 2025). Pemantauan ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap syarat permit bazar Ramadan serta peraturan waktu perniagaan yang telah ditetapkan.
Hasil pemantauan mendapati terdapat beberapa kesalahan yang dikesan, antaranya:
- Pelanggaran syarat permit bazar Ramadan
- Peniaga tanpa permit sah
- Peniaga/penjaja beragama Islam berniaga sebelum jam 3.00 petang
Sebagai langkah penguatkuasaan:
- Amaran lisan telah diberikan kepada peniaga/penjaja beragama Islam yang memulakan perniagaan sebelum jam 3.00 petang.
- Tindakan sitaan telah dilaksanakan atas pelbagai kesalahan terhadap peniaga yang melanggar syarat permit serta mereka yang berniaga tanpa permit sah.
Pihak Majlis Perbandaran Batu Pahat mengingatkan semua peniaga agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan bagi memastikan kelancaran operasi bazar Ramadan serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan penduduk Batu Pahat.