Ops Cegah Premis Warga Asing

Ops Cegah Premis Warga Asing

  • 27 Jan 2025
  • Berita

27 JANUARI 2025 | ISNIN - Jabatan Penguatkuasaan, dengan kerjasama jabatan dalaman MPBP (Jabatan Kesihatan dan Jabatan Pelesenan), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja, dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), telah melaksanakan Operasi Cegah terhadap premis yang dikendalikan oleh warga asing di kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP). Operasi ini tertumpu di sekitar Bandar Batu Pahat dan Tongkang Pechah.

Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 13 premis perniagaan telah diperiksa. Hasil tindakan Operasi Cegah:

  • Sebanyak 14 Notis Kompaun dikeluarkan dan 2 Notis Henti Niaga serta-merta oleh Jabatan Penguatkuasaan kerana melanggar syarat lesen.
  • 1 sitaan juga dilakukan oleh Jabatan Penguatkuasaan terhadap barangan di premis yang melanggar peraturan.
  • 2 Kompaun dikeluarkan oleh pihak KPDN.
  • 22 warga asing berjaya ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia atas kesalahan imigresen.

Jabatan Penguatkuasaan MPBP akan terus melaksanakan operasi bersepadu seperti ini dari semasa ke semasa bagi memastikan keselesaan dan keharmonian masyarakat di Batu Pahat. Batu Pahat adalah milik kita bersama, dan menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan bandar ini kekal makmur, harmoni, dan selamat.

#MajuSejahteraBatuPahat #MajuJohor #BangsaJohor #OPSCEGAH