Ops Bersih Warga Asing

Ops Bersih Warga Asing

  • 30 Sep 2025
  • Berita

30 SEPTEMBER 2025 | SELASA - Jabatan Penguatkuasaan bersama Unit Tempat Letak Kereta (TLK) telah melaksanakan Ops Bersih premis yang di kendalikan Warga Asing (Rohingya) pemegang kad UNHCR disekitar kawasan pentadbiran Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP).

Dalam operasi tersebut sebanyak dua (2) premis perniagaan telah diperiksa di kawasan Taman Bukit Perdana dan Taman Banang Jaya, kedua-dua premis tersebut didapati bersalah diatas kesalahan meletakan kerusi/meja tanpa kebenaran MPBP dan gagal mepatuhi syarat lesen MPBP.

Tindakan diambil :

  1. Dua (2) Notis Amaran diatas arahan menutup premis serta-merta.
  2. Sitaan kerusi/meja telah dilakukan.
  3. Sitaan lesen perniagaan oleh Jabatan Penguatkuasaan bagi siasatan dan tindakan lanjut kepada pemegang lesen. 

Empat (4) kompaun di keluarkan keatas kesalahan :

  1. Dua (2) halangan kerusi/meja di tempat awam. 
  2. satu (1) kompaun gagal pamer lesen.
  3. satu (1) melangar syarat lesen MPBP.

Nasihat dan Peringatan :

Pihak majlis selalu mengingati peniaga/pemilik premis perniagaan agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang telah ditetapkan oleh MPBP. Mana-mana premis yang didapati melangar syarat lesen dan tidak mempunyai mana-mana premit yang di keluarkan MPBP akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, termasuk penutupan serta-merta dan sitaan barang serta-merta.

Tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.

#MajuJohor #BangsaJohor #MajuSejahteraBatuPahat #OPSBERSIH