Ops Bersih Warga Asing

Ops Bersih Warga Asing

  • 12 Jun 2025
  • Berita

Satu operasi bersama telah dijalankan melibatkan Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pelesenan, Unit Tempat Letak Kereta (TLK) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas sebuah premis perniagaan yang dikendalikan oleh warga Rohingya pemegang kad UNHCR.

Kesalahan:

  • Pemilik premis didapati melanggar syarat lesen perniagaan yang dikeluarkan oleh MPBP.

Tindakan diambil :

  1. Premis diarahkan tutup serta-merta.
  2. Sitaan lesen dilakukan oleh Jabatan Pelesenan.
  3. Kerusi/meja niaga disita oleh Jabatan Penguatkuasaan dengan bantuan Unit Tempat Letak Kereta(TLK).

Nasihat dan Peringatan :

Pihak majlis ingin menasihatkan orang awam agar sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen perniagaan yang telah ditetapkan oleh MPBP. Mana-mana premis yang didapati melanggar syarat lesen akan dikenakan tindakan tegas tanpa kompromi, termasuk penutupan serta-merta dan sitaan barangan.

Tindakan penguatkuasaan seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan pematuhan undang-undang dan menjaga kepentingan awam.

#MajuJohor #BangsaJohor #MajuSejahteraBatuPahat #OpsBersih #PenguatkuasaMPBP