17 JANUARI 2025 | JUMAAT - Bertindak bagi menyelesaikan aduan kacauganggu barang Kitar Semula, Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Kesihatan dan SWM telah mengadakan dua operasi bersepadu serentak di kawasan Taman Bukit Perdana dan kawasan Taman Soga bagi pembersihan tempat pengumpulan barang Kitar Semula yang di letakkan di tempat awam sehingga menimbulkan kacauganggu.
Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) ingin menasihati semua masyarakat Batu Pahat agar bersama menjaga kebersihan serta keindahan persekitaran kawasan rumah dan tempat awam.
Tindakan kompaun boleh di ambil sekiranya terdapat individu malakukan aktiviti kacauganggu kekotoran di atas kesalahan "Anti Littel" atau Undang Undang Kecil Kekotoran MPBP.