Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan telah menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di Jalan Pasar dan mendapati terdapat beberapa pelanggaran peraturan.
Tindakan yang diambil:
Mengeluarkan 3 kompaun atas kesalahan:
- Melanggar syarat lesen
- Kekotoran premis
- Menjual ayam hidup
MPBP menegaskan bahawa semua pemilik premis perniagaan hendaklah mematuhi syarat-syarat lesen yang ditetapkan, memastikan kebersihan kawasan perniagaan terpelihara, serta tidak menjalankan sebarang aktiviti yang dilarang di bawah undang-undang.
Tindakan ini dilaksanakan demi:
- Menjaga kesihatan dan keselamatan pengguna
- Memastikan persekitaran bandar bersih dan teratur
- Mengelakkan penyebaran penyakit bawaan makanan atau haiwan
Sekian, untuk makluman dan kerjasama semua.