Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Unit Tempat Letak Kereta (TLK) telah melaksanakan satu Operasi Penguatkuasaan Ops Angkat di sekitar kawasan pentadbiran MPBP.
Operasi ini menyasarkan premis perniagaan yang meletakkan kerusi, meja dan peralatan lain di siar kaki (kaki lima) dan petak tempat letak kereta awam tanpa kebenaran, yang menimbulkan gangguan kepada laluan trafik dan membahayakan keselamatan pelanggan serta pengguna jalan.
Tindakan yang diambil:
- 6 kompaun dikeluarkan atas kesalahan halangan dan kekotoran awam serta tiada lesen perniagaan.
- Sitaan kerusi (81unit) dan meja (91unit) telah dijalankan dan dibawa ke stor simpanan MPBP untuk dokumentasi.
MPBP ingin menasihatkan semua pemilik premis perniagaan supaya tidak meletakkan sebarang halangan di kawasan awam tanpa kebenaran. Tindakan ini penting demi:
- Menjaga keselamatan dan keselesaan orang awam
- Melancarkan aliran trafik
- Memelihara imej persekitaran bandar yang bersih dan teratur
MPBP akan terus komited menjalankan operasi seperti ini secara berterusan dan tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang ingkar.
Sekian, untuk makluman dan kerjasama semua.
#MajuJohor #BangsaJohor #MajuSejahteraBatuPahat #OpsAngkat #PenguatkuasaanMPBP