Operasi Pemantauan Pasar Awam dan Kompleks Niaga Gerai Majlis

Operasi Pemantauan Pasar Awam dan Kompleks Niaga Gerai Majlis

  • 13 Okt 2025
  • Berita

Jabatan Penguatkuasaan bersama Jabatan Pelesenan serta Jabatan Pengurusan Harta dan Penilaian, Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah melaksanakan satu operasi pemantauan di sekitar Pasar Awam Batu Pahat dan kawasan Kompleks Niaga Taman Makmur.

Hasil daripada operasi tersebut, sebanyak 𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 (𝟰) 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗻𝗼𝘁𝗶𝘀 𝗸𝗼𝗺𝗽𝗮𝘂𝗻 telah dikeluarkan terhadap penjaja yang menjalankan perniagaan tanpa lesen, manakala 𝗲𝗻𝗮𝗺 (𝟲) 𝗻𝗼𝘁𝗶𝘀 𝗮𝗺𝗮𝗿𝗮𝗻 telah diberikan kepada pemilik premis dan penjaja yang didapati menyalahgunakan lesen perniagaan. Selain itu, Jabatan Pelesenan turut melaksanakan 𝘁𝗶𝗻𝗱𝗮𝗸𝗮𝗻 𝘀𝗶𝘁𝗮𝗮𝗻 𝘁𝗲𝗿𝗵𝗮𝗱𝗮𝗽 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 𝗽𝗲𝗻𝗶𝗮𝗴𝗮 𝘆𝗮𝗻𝗴 𝗺𝗲𝗹𝗮𝗻𝗴𝗴𝗮𝗿 𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁-𝘀𝘆𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗹𝗲𝘀𝗲𝗻 yang ditetapkan.

Pihak MPBP menasihatkan agar semua peniaga di kawasan pentadbiran Majlis sentiasa mematuhi syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan bagi memastikan kebersihan, keteraturan dan kelestarian persekitaran Bandar Batu Pahat sentiasa terpelihara.

#MajuJohor #BangsaJohor #PenguatkuasaanMPBP #BPHebat #MajudanSejahtera