Operasi Pantau Halangan Di Tempat Awam

Operasi Pantau Halangan Di Tempat Awam

  • 18 Ogs 2025
  • Berita

Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) melalui Jabatan Penguatkuasaan dengan kerjasama Unit Tempat Letak Kereta telah menjalankan operasi di sekitar Jalan Rotan Batu, Taman Sri Jaya.

Isu yang dikenal pasti:

  1. Beberapa premis didapati menggunakan petak letak kereta awam tanpa kebenaran.
  2. Kawasan awam didapati kotor dan menimbulkan kacau ganggu kepada orang ramai, khususnya melibatkan bengkel membaiki kenderaan dan cucian kenderaan.

Tindakan Penguatkuasaan:

  1. Notis amaran dikeluarkan kepada premis yang meletakkan barangan perniagaan di petak letak kereta tanpa kebenaran.
  2. Teguran diberikan atas kegagalan menjaga kebersihan kawasan awam.

Nasihat MPBP:

MPBP menasihatkan semua pemilik premis supaya tidak menggunakan petak letak kereta tanpa kebenaran dan sentiasa menjaga kebersihan kawasan sekitar.

Kegagalan mematuhi arahan ini boleh dikenakan tindakan tegas di bawah undang-undang berkuat kuasa.

#MajuJohor #BangsaJohor #PenguatkuasaanMPBP #BPHebat #MajudanSejahtera