27 FEBRUARI 2025 | KHAMIS - Majlis Perbandaran Batu Pahat menerima Pengiktirafan 2 Diamond di Majlis Anugerah Bandar Rendah Karbon 2024 bersempena dengan Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (Low Carbon Challenge 2030). En Ezahar bin Abu Sairin, Yang DiPertua Majlis Perbandaran Batu Pahat diiringi En Abd Razak b Ithnain, Setiausaha Majlis Perbandaran Batu Pahat menerima anugerah yang telah disampaikan oleh YB Nik Nazmi b Nik Ahmad, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bertempat di Sofitel Hotel, Damansara.
Bersama MPBP menerima anugerah pada hari ini adalah Syarikat Gilmill Sdn Bhd yang menerima 4 Diamond di bawah kategori rakan strategik (partner) bersama Majlis Perbandaran Batu Pahat.
Majlis Perbandaran Batu Pahat komited untuk meneruskan halatuju bandar rendah karbon dengan penglibatan lebih banyak rakan strategik dan kolaborasi bagi memastikan kawasan Majlis Perbandaran Batu Pahat terus mengekalkan gaya hidup yang lebih sihat buat semua masyarakat.
#smartandlowcarboncity #bplowcarbon #MajudanSejahtera #MajuJohor #bangsajohor #MPBP #majusejahterabatupahat #lowcarbon