MPBP Bantu Menjayakan Lawatan Famtrip Bersama Gaya Travel Magazine Ke Negeri Johor

MPBP Bantu Menjayakan Lawatan Famtrip Bersama Gaya Travel Magazine Ke Negeri Johor

  • 10 Ogs 2025
  • Berita

10 DAN OGOS 2025 | AHAD - MPBP bantu menjayakan lawatan Famtrip bersama Gaya Travel Magazine ke kawasan pentadbiran MPBP. Lawatan yang tiba di Astaka Shahbandar dan menuju ke Jeti Yok BP Cruise. Seramai 18 orang yang menyertai lawatan ini dan penerangan telah disampaikan oleh wakil Yok BP Cruise. 

Selesai di Astaka Shahbandar, rombongan bergerak ke Pantai Minyak Beku. Setiba disana lawatan diteruskan dengan penerangan mengenai sejarah Pantai Minyak Beku, Telaga Batu Pahat dan aktiviti ATV. 

Pada sebelah malam, lawatan diteruskan ke Astaka Shahbandar sempena Pesta Jalur Bulan Bintang. Kemudian lawatan bergerak ke Jalan Rahmat bagi melihat BP Walk dan keindahan waktu malam Batu Pahat.

#BPHebat #tourismbp #tourismjohor #MajudanSejahtera #PantaiMinyakBeku #yokbpcruise