28 JANUARI 2026 | RABU - Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) telah mengadakan Mesyuarat Perancangan Pelan Strategik Kawalan Haiwan Terbiar pada 28 Januari 2026 (Rabu) jam 2.30 petang bertempat di Bilik Mesyuarat Delima, Aras 14, Menara MPBP.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan langkah-langkah strategik dalam menangani isu haiwan terbiar khususnya anjing liar, dengan tujuan utama untuk:
- Mengawal serta mengurangkan populasi anjing terbiar
- Mengurangkan aduan berkaitan anjing
- Memastikan pemilik anjing lebih bertanggungjawab dan menjaga kebajikan haiwan peliharaan masing-masing
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Tuan Haji Mohd Nazid bin Jasiman, Yang Dipertua MPBP, dan turut dihadiri oleh YB Gan Peck Cheng (ADUN Penggaram) serta wakil daripada Pejabat Daerah, Pejabat Kesihatan Daerah Batu Pahat, Pejabat Veterinar, Ketua Penghulu Daerah Batu Pahat, Klinik Veterinar Swasta, Ahli Majlis MPBP, Ketua Jabatan MPBP serta NGO sekitar daerah Batu Pahat.
MPBP komited untuk terus memperkukuhkan kerjasama pelbagai agensi demi kesejahteraan komuniti dan persekitaran yang lebih selamat serta harmoni.